AKTA KESATUAN SEKERJA 1959
MAKNA & TAFSIRAN
1. Objektif utama Kesatuan Sekerja adalah:
a. Melindungi kepentingan ahlinya.
b. Mengawal selia perhubungan antara pekerja dan majikan mereka.
c. Menjalankan tawar-menawar kolektif dengan pekerja untuk menyempurnakan Perjanjian Kolektif.
d. Mewakili pekerja dalam pertikaian perusahaan dengan majikan mengenai hal-hal disiplin.
e. Mewakili pekerja dalam Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Buruh, dll.
f. Menjalankan aktiviti lain untuk menggalakkan aktiviti sosial, rekreasi dan budaya di kalangan ahlinya.
g. Menggalakkan atau mengatur apa-apa tindakan perusahaan yang sah, termasuk mogok, tertakluk
kepada peruntukan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
2. Pendaftaran Kesatuan Sekerja
Untuk mendaftarkan kesatuan sekerja, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi:
a. Permohonan mesti ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh ahli.
b. Ia mesti menggunakan borang yang ditetapkan bersama dengan fi yang ditetapkan.
c. Sesalinan peraturan-peraturan kesatuan yang dicetak dan ditandatangani oleh tujuh ahli tersebut perlu diserahkan.
d. Nama dan alamat Kesatuan perlu dimasukkan.
e. Nama, umur, kewarganegaraan dan pekerjaan pemegang jawatan perlu dikemukakan.
3. Ketua Pengarah boleh menolak pendaftaran suatu kesatuan sekerja jika:
a. Dia berpendapat bahawa kesatuan sekerja tersebut berkemungkinan untuk digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang atau tujuan yang bertentangan atau tidak sejajar dengan objektif dan peraturannya;
b. Mana-mana objektif kesatuan menyalahi undang-undang;
c. Dia tidak berpuas hati yang kesatuan sekerja tersebut telah mematuhi Akta ini dan peraturannya;
d. Kesatuan sekerja yang meliputi sekumpulan pekerja tertentu telah wujud dan dia merasakan
bahawa menubuhkan satu lagi kesatuan boleh menyebabkan permusuhan antara kedua-dua kesatuan.
bahawa menubuhkan satu lagi kesatuan boleh menyebabkan permusuhan antara kedua-dua kesatuan.
e. Dia berpuas hati bahawa objek, peraturan dan perlembagaan kesatuan sekerja bertentangan dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturannya; atau
f. Nama yang akan didaftarkan untuk kesatuan sekerja ini:
i. Sama dengan nama kesatuan sekerja lain yang telah wujud, atau hampir-hampir menyerupai
nama kesatuan sekerja lain yang telah wujud sehingga, pada pendapat Ketua Pegarah, mungkin
boleh mengelirukan orang ramai atau ahli salah satu kesatuan sekerja tersebut;
nama kesatuan sekerja lain yang telah wujud sehingga, pada pendapat Ketua Pegarah, mungkin
boleh mengelirukan orang ramai atau ahli salah satu kesatuan sekerja tersebut;
atau
ii. Pada pendapat Ketua Pengarah, tidak menyenangkan, melainkan kesatuan sekerja tersebut menukar namanya kepada satu nama yang boleh diterima oleh Ketua Pengarah.
Nota: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Akta Kesatuan Sekerja 1959, sila rujuk buku Akta & peraturan-peraturan, seperti contoh buku dibawah ini.
Nota: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Akta Kesatuan Sekerja 1959, sila rujuk buku Akta & peraturan-peraturan, seperti contoh buku dibawah ini.
SIASATAN DALAMAN (Domestic
Inquiry)
Ia adalah suatu jawatankuasa
siasatan dalaman terhadap pertuduhan salah laku yang disyaki dilakukan oleh
seseorang pekerja. Objektif utama jawatankuasa siasatan dalaman ini adalah
untuk menyiasat dan mengesahkan pertuduhan salah laku sama ada ia telah dilakukan
atau tidak. Sekiranya ianya telah dibuktikan dan disahkan oleh jawatankuasa
ini, mereka akan mengesyorkan kepada pihak majikan tentang hukuman yang
berpatutan terhadap kesalahan tersebut. Pengadu kebiasaannya adalah pengurusan
majikan tetapi ada juga kes, pengadu adalah terdiri dari mangsa terhadap salah
laku tersebut. Secara lumrahnya, didalam jawatankuasa siasatan dalaman ini,
pihak majikan akan membentangkan kes dan pekerja dibenarkan dan diberikan
peluang untuk membela diri terhadap pertuduhan salah laku tersebut.
Berikut adalah perkara yang anda perlu ketahui:
Berapa lama notis sepatutnya diberikan kepada pekerja sebelum Siasatan Dalam dibuat?
- Majikan perlu memberikan minimum
7 hari dan maksimum 14 hari bekerja.
Siapa yang boleh mewakili pekerja pada Siasatan Dalaman?
- Pekerja boleh diwakili oleh
Pegawai Kesatuan Sekerja sekiranya dia menjadi ahli sah kepada Kesatuan
Sekerja. Sekiranya tiada, dia boleh memohon bantuan sukarela dari rakan
sekerja.
Siapa yang akan menganggotai Jawatankuasa Siasatan Dalaman?
- Panel didalam Jawatankuasa
Siasatan Dalaman kebiasaannya dikendalikan seramai 3 atau 5 orang. Pengerusi
siasatan adalah seseorang yang berjawatan sekurang-kurangnya sama atau lebih
tinggi dari ahli panel lain. Kesemua mereka ini selalunya berjawatan lebih
tinggi dari orang yang dituduh (pekerja). Panel dikehendaki untuk tidak
menyebelahi mana-mana pihak dan bertindak dengan adil semasa mendengar dan
menilai kes siasatan. Terdapat juga setiausaha, pegawai pertuduhan (pendakwa)
dan pegawai penyiasat.
Apa yang berlaku semasa Siasatan Dalaman?
- Pertamanya, majikan akan
membentangkan setiap bukti yang dikumpul dan membawa para saksi untuk
menguatkan lagi pertuduhan tersebut. Pada masa yang sama, pihak majikan akan
mempertahankan tindakan mereka dengan membawa saksi dan bukti lain untuk
menguatkan dakwaan tersebut. Bagi pihak pekerja (tertuduh), mereka juga perlu
untuk membawa sebarang bukti untuk mempertahankan diri. Dia juga dibenarkan
untuk membawa saksi yang dipercayai untuk membela dirinya.
Apa yang berlaku selepas Siasatan Dalaman?
- Jawatankuasa panel siasatan
dalaman akan ditangguhkan untuk perbincangan sesama panel lain. Mereka akan
membuat penilaian dan keputusan sama ada pekerja (tertuduh) bersalah atau
tidak. Jika pekerja didapati bersalah, ahli panel akan mengesyorkan kepada
pihak pengurusan majikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan tertuduh.
Apakah hukuman yang disyorkan?
Kebiasaannya, tertakluk kepada
syarikat, berikut adalah hukuman yang biasa dikenakan terhadap salah laku tersebut:
·
Amaran bertulis,
·
Digantung tanpa gaji,
·
Diturunkan gred pangkat,
·
Dinafikan kenaikan gaji atau
bonus, atau
·
Diberhentikan
Bolehkah pekerja membuat rayuan?
- Setiap pekerja tertakluk kepada
Akta Kerja 1955 dan boleh membuat aduan kepada Jabatan Buruh. Sekiranya pekerja
diberhentikan, pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan
Perusahaan untuk memulihkan semula status kerjanya.
Setiap pekerja
perlulah mengetahui hak mereka terhadap kelangsungan siasatan dalaman ini.
Sekiranya pekerja telah dituduh dan dihadapkan ke panel jawatankuasa siasatan
dalaman, mereka perlulah menghubungi pihak Kesatuan untuk membantu beliau
sekiranya benar pertuduhan tersebut terdapat unsur yang tidak adil dan terdapat
tekanan. Pekerja yang dituduh tidak keseorangan. Segeralah dapatkan bantuan
mereka yang mengetahui.
Undang-undang Perhubungan Perusahaan
Akta Perhubungan Perusahaan 1967
Akta Kesatuan Sekerja 1959
Undang-undang Perhubungan Perusahaan
Akta Perhubungan Perusahaan 1967
Akta Kesatuan Sekerja 1959