Friday, September 26, 2014

Kesatuan Kakitangan Eksekutif Industri Makanan - Food Industry Executive Staff Union - FIESU

PENDAHULUAN:

Kesatuan Kakitangan Eksekutif Industri Makanan (Food Industry Executive Staff Union) atau nama singkatannya FIESU merupakan satu kesatuan sekerja yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia.

SEJARAH:
Pada permulaan kesatuan ini telah didaftakan pada bulan Disember 1999. Terdiri daripada 2 Syarikat industri makanan iaitu:
1. Premier Milk Sdn. Bhd (F&N Dairies Manufacturing Sdn. Bhd - sekarang)
2. Network Food Industries Sdn Bhd.

Ahli-ahli jawatan penaja serta pemohon-pemohon untuk pendaftaran pada masa itu ialah:
1. Mohamed Azhar Mohd Yasin
2. Sum C Keng
3. Siow Chin Peng
4. Ahmad Azman Sharif
5. Tan Chow Kuan
6. Lai Kheong Tin
7. Tan liak Meng

TERKINI - 2024
Kesatuan ini terdiri daripada beberapa Syarikat iaitu;
1. F&N Dairies Manufacturing Sdn. Bhd
2. Network Food Industries Sdn Bhd
3. Dutch Lady Milk Industries Bhd
4. Etika Dairies Sdn Bhd

AHLI KESATUAN:
Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada kakitangan Eksekutif dan Penyeliaan
yang digaji dalam industri makanan kecuali mereka yang memegang jawatan Pengurus, 
Sulit atau Keselamatan.

TUJUAN PENUBUHAN KESATUAN:
Penubuhan Kesatuan adalah untuk:
1. Mengorganisasikan pekerja yang disebut dibawah peraturan 3(1) sebagai ahli kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.
2. Mengaturkan perhubungan diantara pekerja dan majikan sebagai hubungan perusahaan yang baik, tingkatkan daya pengeluran, keselamatan pekerja, susunan gaji yang adil dan sesuai serta pekerjaan yang berpatutan.
3. Mengaturkan hubungan ahli dengan ahli, ahli dengan pegawai kesatuan, kesatuan dengan kesatuan lain untuk menyelesaikan sebarang perselisihan/ pertikaian dengan cara perbincangan dan bermuafakat melalui jentera penimbangtara menurut kehendak peraturan 26 & 27.
4. Memajukan kebajikan ahli-ahli kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan secara sah disis undang-undang.
5. Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka dengan dipersetujui oleh majlis Jawatakuasa kerja.
6. Menganjurkan & mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli kesatuan & pekerja.
7. Menubuhkan tabung wang kebajikan dan menggubalkan peraturan-peraturan tambahan untuk mentadbir & mengawal tabung wang jika dipersetujui oleh mesyuarat Agung kesatuan.
8. secara amnya melaksanakan sebarang tujuan kesatuan sekerja yang sah disisi undang-undang.

Tujuan yang dinyatakan dibawah peraturan2(1) hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan ini, Akta kesatuan sekerja 1959 dan undang-undang bertulis yang lain yang ada kaitan.

AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

Objektif:
Akta untuk mengawal selia aktiviti kesatuan dan perkara berhubung dengan pertikaian kesatuan,
penggunaan dan pembekalan dana, penubuhan kesatuan, penubuhan Persekutuan Kesatuan Sekerja.
Akta ini mengawal kuasa kesatuan sekerja, pegawai kesatuan sekerja, ahli kesatuan dan Pendaftar
Kesatuan Sekerja.

Ditadbir oleh:
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (Kementerian Sumber Manusia).








No comments:

Post a Comment